Blogroll

Monday, June 23, 2014

Resepi bubur bayi umur 6-7bulan

Alang-alang meng'google' makanan bayi, kat sini saya post sekali menu untuk bayi yang saya jumpa dan boleh kita amalkan..
selamat mencuba

438px Akha cuisine Mochue tong uh e1363609299818 Resep Makanan Bayi, Puree Kentang Bayam
Puree Kentang Bayam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bahan:
-1 biji kentang berukuran sederhana (di potong dadu)
-20g sayur bayam

Cara memasak:
- rebus kentang sehinggak empuk
-angkat kentang dan lenyekkan sehingga lumat (boleh campurkan dgnn susu ibu/fm)
-kukus bayam dan 'blend' kan
-campurkan kentang yang siap dilenyek dgn bayam tadi, dan adunkan
hingga rata
siap dimakan untuk bayi anda

*puree kentang dan bayam mengandungi betakaroten dan juga vitamin c
*bayam kaya dgn zat besi yang baik untuk bayi
*kentang mengandungi karbohidrat yang mampu membekalkan tenga kepada anak yang aktif



Bubur oat, saderi dan ikan tenggiri (7bln ke atas)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan:
-3 sudu oat (oat biru jika quaker oat)
-ikan segar diambil isi (ikan bilis pun boleh)
-1 helai dau saderi beserta batang
-1 cawan air

cara memasak:
-ikan bilis direndam 5 minit untuk buang garam
-masaka oat, ikan bilis/ikan segar dgn api kecil selama 5 minit sehingga masak
-masukkan daun saderi yang dicincang halus
-hancurkan ikan/ika bilis dan masukkan kedalam bubur dan
-tunggu sehingga daun sader dan ikan tadi masak
sedia untuk dihidangkan



Bubur beras merah, lobak dan ikan/ayam segar

bahan-bahan:
-segenggam beras perang
-lobak merah 2 inci dipotong dadu atau dihiris nipis-nipis
-hirisan isi daging atau ikan
(saya suka gunakan ikan sebab bubur rasa lebih sedap)

cara memasak:
-rendamkan beras perang semalaman dengan air panas (disimpan dalam termos)
-masak beras berang tadi dgn api kecil 
-masukkan sekali lobak merah bersam-sama beras tadi
-pastikan air mencukupi agar tidak kering (sambil2 tu boleh mandi, siap2 gi keje)
-bile dah empuk tambahkan hirisan isi ikan dan ayam tadi..
-setelah masak, bolehlah blend bubur td

*beras merah sangat bagus untuk bayi..dia kurang kanji and bayi tidak mudah sembelit..


**selamat mencuba**
yang terbaik untuk anak-anak KITA SEMUA

2 MSG HERE:):

ORYGOLD Sales Team said...

Kepada pembaca yang ingin dapatkan produk berasaskan beras perang, kami ingin syorkan produk minuman ORYGOLD.

Produk bumiputra kajian UPM. Minuman ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

Untuk lihat testimoni produk, klik/copy & paste ke search browser>> http://orygolddrink.com/testimoni/

Norsuzilawati Abu Talib said...

baby blh mkn x ?

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates