Blogroll

Monday, March 29, 2010

Ungu-Andai Ku tahu

lagu nie mgkin dh lama, tpi bagi sesiapa yang xmenyedarinya..sekiranya menghayati lagu ini akan timbul keinsafan di hati kiter...penuh makna yang tersirat...marila kiter hayati sama-sama sebagai pedoman untuk meneruskan hidup ini


Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
aku takut akan semua dosa-doaku
aku takut dosa yang terus membayangiku

 andai ku tahu
malaikatmu akan menjemputku
izinkan aku mengucap kata taubat padamu
aku takut akan segala dosa-dosaku
aku takut dosa yang terus membayangiku

ampuni aku dari segala dosa-dosaku
ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
aku manusia yang takut neraka
namun aku juga tak pantas di syurga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat padamu
aku takut akan semua dosa-dosaku
aku takut dosa yang terus membayangiku
ampuni aku dari segala dosa-dosaku
ampuni aku menangis ku bertaubat padamu


*renung-renungkan la..selamat beramal


Monday, March 22, 2010

i'm back

setelah hmpir 3weeks bercuti, akhirnya aku kembali semula bekerja...perasaan?xyah cakap la, of course sgt malas memulakan kerja..hari pertama kerja pon dh ada job yg menunggu..malasnyer..
tpi xperla, mulakan hari anda dgn senyuman...heheheh...biar tenang bekerja...
hehehe..

*kla, xmo melalut...smpi cni sja..no ideas..(wlpn byk nk bercerita tpi xrajin menaip)

Tuesday, March 9, 2010

apa itu ovarian cyst

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.


*http://portal.alamhamil.com

apa itu endometriosis


Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.    Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.    Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.    Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.  

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
  
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.  
    Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.   Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
     Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
    Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
   Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .    

Apakah tanda-tanda atau gangguan?
 Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.   Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.   Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.   Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
       Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.    Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
   Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.   Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.     Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.  

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.  
Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.   
Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.    
Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.    
Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.    Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.       

Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.    Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.    Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.  
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan.   Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.     

Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.   Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan.    Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya.    Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.  
Pembedahan untuk membuang endometriosis

 Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.  
kesab coklat merupakan endometriosis yang tenat
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid.   Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.   
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan.      Suntikan-suntikan tersebut  agak mahal  sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar.  Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.     Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit  endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali.   Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi.   Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak.    Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.   Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian.  Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.
Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.
Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.    Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.      Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat.     Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan.    Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.


ovarian cyst & endometriosis

alhmadulillah, 4 march haritu aku selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang parasit yang xdiperlukan dalam tubuh nie..ramai members yang memberikan kata2 semangat...thanks all for ur support..i'm very appreciate it.. cause of ramai sgt bertanya apa sebenanya yg terjadi, so kat cni biarla aku bercerita ckit..maybe entry kali nie akan menjadi entri terpanjang untuk tahun nie...

chronology:
20/1/10: b4 this date aku selalu cerita pasal baby ngn ofismate..dier sgt2 nak conceive..me too tpi xderla pi gyne..so ma frenz suggest to wat appoinment ngn gyne..after discuss ngn hubby, we planned one date..mntk cuti n wat appointment ngn doc kat an-nur bangi on this date..awalnyer doc kater xder masalah, but after scanned doc suspect ada cyst..die amik darah tuk hantar kat lab...alhamdulillah, nasib baek penah baca apa tue cyst so xterkejut sgt dgn benda nie cause some mummy out there after buang cyst nie probability tuk conceive sgt tinggi if xde prob laen..masih tenang lagi tpi agak riso if tue bukan cyst but cancer...

29/1/10: next appoinment ngn dr.fatimah...result dah kuar..positive ade cyst..dr fatimah terangkan serba sedikit pasal cyst nie..kaedah pembedahan ialah laparoscopy..kaedah nie just tebuk 3 lubang kat perut n bukan major operation (belah perut tue)..dr fatimah bg masa tuk fikir nk wat kat an-nur or gov..kat gov dier bleh arrange tpi take time la..agak lambat cos kena tunggu turn.. lupa nak bgtau..cysy aku masa nie dh 5.5cm..normally, cyst more than 5.cm mmg dinasihatkan untuk operate..lagipon possibility tuk pregnant sgt rendah..and aku ada cyst nie kat ovari belah kanan.

1/3/10: supposedly to be on OT room this date at 3pm..unfortunately kena postponed plak to 4/3/10 at 8am. my mom masa nie dah ada kat umah tuk prepared jaga saya..hubby pon dh apply cuti tpi kena la cancel..change date to 4/3. hati berdebar2 tuk tunggu 4/3..alhamdulillah, process insurans sume dh settle cuma tinggal operation jerk..

4/3/10: dh tdo kat spital bertemankan my mom..pagi2 bgn tuk semayang subuh, doc masuk..nurse amik tekanan darah..then bagi tag tuk pesakit..bersiap sedia tuk pi operate..7.30, turun pergi waiting room..doc inject tangan saya tuk masukkan sodium...suami dh sampai..dup dap dup dap jantung nie..sib baek mom n hubby ada..masuk OT room, doc suntik kat bahu ni haa..pastu bagi bius terus aku pengsan xingat pape..sedar2 dgr sore nie ha "puan,puan"..dia suh bgn plak dah..ubat bius nie kuat lagi dh suh bgn..apa lagi merengek la susah nak bangun..huhuhu..ngada2 betul aku nie..satu hari mmg xleh nak bgn..terbaring xbgn2...just minum air kosong jerk...makan pon tak..doc xbg lagi..sik tanya dah muntah ke blom..huhuhu....
last2, amik ko..muntah2 gak aku biler kepala ni rasa pening..tpi still xleh makan...and blom bleh kuar ward lagi..

5/3/10: pagi2 lagi dr.fatimah datang..bgtau still xleh kuar lagi sebab saya masih lemah..mmg lemah sgt..badan sakit dri tengkuk ni smpila ke pinggang.xleh pusing, xleh bgn...tpi paksa gak diri nie tuk bgn..nak kuatkan tubuh..sakit2 badan nie xyah cakapla..nk bgn pon hubby tolong angkat..nk bgn sendiri mmg xboleh sesangat..then biler nak naek katil...sudahhh...tolong...ttba saya susah sgt nak bernafas..bila nak tarik nafas jer, rasa ditarik2 tulang kat belakang nie...sakit sgt..mom n hubby dah riso dah..sian tgk diorng..tpi nak wat cmner..saya mmg susah sgt nak nafas..then doc n nurse datang bg oksigen...doc2 dh pelik dah, naper leh sesak nafas, padahal oksigen dalam badan sumer cukup...alkisahnyer bukan sesak nafas, tpi susah nak tarik nafas sebab badan saya akan sakit yang teramat sagt...
petang tue dr fatimah datang n bg gud news..saya dah boleh kuar esok..yehhaaaa...sgt suka sebab dh tersgt bosan duk spital nie even makanan dier sedapp...

6/3/10: billing sampai bilik...nak tau baper kena bayar...jeng.jeng.jeng..almost RM8k...huhuhuu..nasib baekla insurans company cover...saya cuma tambah RM63 tuk bilik cause cover Rm130/day..bilik sya Rm150...
turun naek wheel chair cam malu plak kan..tpi xperla..wlp saya dah boleh jalan, tpi xbleh jln lelama...b4 tgglkan sepital, pagi2 tue doc masuk bg suntikan tuk stopkan period saya cause suspek endo..agak sedih..sbb impian tuk conceive terpkasa di delay dari 3mths ke 6mths..xperla, janji saya sihat and boleh conceive..lambt pon lambatla...


**thanks to all support given by my family, frens and hubby..
**not forgotten to dr fatimah,dr hazim(putrajaya), dr bius, dr oksigen,nurses and an-nur staffs..thanks for ur superb service..

**saya akan postkan apa tue endo and cyst..mybe all blogger yg alert boleh wat checkup awal...hopefully, korng xmengalaminyer

Monday, March 1, 2010

It is postponed

I'm supposedly to be in the labor room at 3pm today. Must register at 11am and have a fasting started from 9am today. Unfortunately, it postponed due to the emergency cases involving my Doc.
HUHUHU..the date postpone in this coming thursday at 8.00am. need to check in at tomorrow night...
huhuhu..keputusan nie menyebabkan aku menjadi takut dan cuak..kena tdo spital tu..xpenah dalam experience and in my laife tdo kat ward...nk wat apa..alamak, lagi buat aku nervous tuk operate nnti..sakit ke x..dier bagi bius ke x..kalo die bius tpi still sakit cmner plak...huhuhuh...takutla.....

Template by:

Free Blog Templates