Blogroll

Sunday, January 29, 2012

Perkembangan bayi anda pada usia 9 bulan

Semakan terakhir: April 2010

Hampir berjalan
 (not yet)
Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!). 

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.) 

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya. 

Kasut? Belum lagi (please simpan kasut izzul yek ibu, izzul nak berkaki ayam)

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya. 

Bermain dan belajar (izzul mmg like yg nie kan ibu)

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan. 

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan. 

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda. 

Menangani pemisahan (izzul xhisap jari lah ibu, tpi izzul makin manja..kan kan)

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama. 

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri. 

Cuba untuk membuat perjalanan (puting pon izzul xsuka kan)

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya. 

Pemahaman bahasa (yea, izzul dah pandai cakap)

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.) 

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif. 

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap. 

Adakah bayi saya berkembang secara normal? perkembangan baby kan laen2 kan ibu...

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti. 

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya. 


*info from babycenter

Aku yang bertuah~

~ye, mereka sangat bertuah...dipermudahkan untuk mendapat zuriat..tapi kadang2 mereka lupa untuk menghargai...

teringat berita haritu...mayat bayi xberkepala, kaki putus dijumpai di sungai...terkejut seketika, terkesima...
tetiba rasa sedih menghantui...air mata hampir mengalir tpi cuba ditahan...

diorang nie xde sensitivity ke apa, xde rasa belas kasihan ke..naper sanggup buat baby kecil xberdosa macam tue..bukan salah diorang, tpi mak ayah yg xreti kawal nafsu..terjebak dalam jalan yg dipilih sendiri..

tpi pikirlah sendiri, tuhan bg otak yang ada akal untuk kiter manusia berfikir...bukan cam lembu or binatang yang laen ada otak tanpa akal...

semoga mereka yang berkenaan tidak akan melakukan perkara yang sama...mungkin kali nie mudah untuk mereka mendapat zuriat, tpi tidak selepas ini..semoga kesalahan yg sama tidak berulang...

Alhamdulillah juga sebab tuhan telah memberikan saya satu peluang untuk betul2 menghargai izzul..
ye, nyawa izzul dulu pernah berada di hujung tanduk..tpi dengan berkat doa semua, tuhan masih sanggup pinjamkan izzul untuk kami sekeluarga...

aku perlu tunggu hampir satu thn 7bln untuk izzul berada dalam perut nie...alahan yang aku alami xseteruk org laen, tpi masih boleh rasa seksa nya sampikan boleh terpk xde anak pon xpe sbb xsanggup tempuhi alam mabuk tue..

kemudian berjauhan plak dgn suami..xdapat berkongsi moment2 indah saat si kecik bergerak2 dalam perut nie..pegi cek up pon sesorng..

dan tiba saat melahirkan disahkan placentia previa stage 3...terpksa czer dgn full bius...
membesarkan izzul sendiri di batu pahat tanpa suami dan di kala izzul 5 bulan mengalami pendarah di kepala menyebabkan sawan yang kerap...dan selepas tue terpaksa berjauhan ngn izzul di kala dia masih bf..berserah kepada Allah untuk menjaga kesihatannya setelah campur FM...

ya Allah, besar dugaan mu terhadap ku, dan aku tetap bersyukur kerana Engkau telah memilihku untuk diuji..sesungguhnya aku seorang yang sangat bertuah...

dan oleh sebab tue tiap kali ada peluang dgn izzul ibu pasti xkan sia-siakan...luv u so much son...


Friday, January 27, 2012

spital lagi....

hmm, bak kata kembar aku, family warded..sebab apa, kami anak beranak sume dah kena belah sana sini..dah penah duk lelama kat spital..untungla kan  (untung ker????)

1. me, 2 kali masuk OT..1st sebab cyst, 2nd sbb czer
2. izzul, pendarahan kat otak
3. n en ise,,belah lutut plak..ligamen putud n tulang rawan hancur...

so, nak tempek jap pic kami 3 beranak yg semakin kembang bak kata member si pian tu ha,,


haruslah tempek muka izzul..ibu sekerat pon xpe

me n hubby (keciknye saya kan..ehehehe)

husband admit ritu hari rabu..kul 1.30pm terus gi OT...hari nie dah boleh blik...yeayyyyyyy........

selamat berpantang enci suami..hari2 makan singgang jek tau..biar kurus...best2x..xsabar tuggu awak kurus...lalalalala



Friday, January 13, 2012

i'm miss my son...

biasa pagi2 weekend nie bgn tdo msti kena kaco ngn si kecik tue...si kecik tue bgn awal..kalo xlayan cnfirm dia nangis manja..pagi gelak, senyum betul2 buat hati ni cair...walau ngntuk cmne pon msti bangun nak maen ngn dia..papa dia...hmm...xsedar pon...selalu suh si kecik kaco..lagi2 si kecik suka mencakar, baru la papa dia nak bgn..

tpi weekend kali nie laen plak..xdapat jumpa si kecil comell tue..sonok berjalan ngn makcik2 dia ke sabah..owh, ibu rindu anak ibu tue..tpi xpe..insyaallah, malam nie smpaila dengan selamat...

btw, izzul is turn to 9mnts yesterday...besar dah anak ibu..lagi 3bulan dah nak setahun..cepat jerk kan masa berlalu..pantas je rasa..xpuas lagi nak gomol si kecik...

adakah ibu dah patut bg adik kat izzul..izzul dah cukup ke kasih sayang ibu...hmmm..hanya si kecik tu jek yg leh jawab...

papepon..tunggu izzul dah bleh duk ngn ibu..tggu ibu officially pindah n duk sama papa..one happy family..baru ibu pertimbangkan ye sayang..miss u n luv u so much my cutest angel...

kakak zahra yg sgt syg izzul

msti izzul terkenangkan ibu kan tu...miss u jgk

2 budak comel yg bergembira

handsome boy...

ibu jeles..xdapat teman izzul....


Wednesday, January 11, 2012

BABY CUTE CONTEST

alhamdulillah, masih mampu bernafas lagi di bumi Allah nie...(mukadimah jek nie)..
disebabkn aku blom melalui detik-detik yg m'busy'kan, so nak luangkan masa untuk join contest yang diadakan oleh http://sweetlikekisses.blogspot.com/...

1.syarat pertama baby kena umur 1bln hingga 2thn (baby saya 13/01 ni dah 9bulan)------;done

2. kena letak banner contest pada side bar blog dan jgk entry..-------;done

3. jadi follower BAJU BABY ATAS RAK-------;done
4. buat entry tentang Contest nie-------;done
5.6&8. letak sekeping gambar..xkisahh anak sendiri, sedara adik janji masuk dalam syarat pertama td---done

my baby
my name: YUZAINE BT SAMILAN
baby name: MUHAMMAD IZZUL HAFIY B. MOHD KHAIRUL HISAM
DOB baby: 13/4/2011

7. hadiah yg menarik..jeng jeng jeng ------;done
Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 



Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.



*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*


Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA

8. 4 orang yang saya nak tag ialah-------;done
---------mama damia zahra qistina-------------------
---------ibu alif rayyan & amar razzin----------------
---------ibu umar darwish---------------------------
---------mummy adelea sofea-----------------------

9.tinggalkan entry pada kotak komen--------done

ok..semua dah siap.....
semoga berjaya...


Tarikh tutup :: 8.Februari.2012

Monday, January 9, 2012

5perkara buruk vs 1perkara baik

salam
tajuk yg sama seperti dalam wall fb semalam
ada yg tertanya2 kenapa even xcomment pon dekat wall t

so nak dipendekkan cerita
1.ahad malam isnin tue pintu bilik xboleh nak bukak..bukan terkunci tpi mmg xboleh nak bukak..even dah guna kunci pon sama...memeng tombol xleh pusat..punat dia xlock pon..last choice terpaksa memekak di malam hari menganggu jiran2 tdo...apa lagi pecahkan tombol pintu la..tung tang bising..yela, bukan xboleh tggu siang tpi esoknye keje n yes, saya ada kat bilik tu tau..cmne nak keje esok..so dgn segala effort yg ada encik suami memecah kan tombol pintu..sib baek izzul xde..kalo xalamat terjaga la dia dari tdo

2.disebabkan malam tdo lewat esoknya kelam kabut, walau keluar lambat tpi alhamdulillah sempat sampai ofis beberapa minit b4 kul 8..on da way i keje, baru perasan..oh my bad..pam tinggal ok..merana la satu ari nmpaknya..act kad adtec pon tggl, tpi sib baek kad ilp xtggl..selamat...

3.dah smpi nak masuk ofis..my god, kunci bilik tertinngal..letak sekali ngn kad adtec..giler, nak duduk mana nie..sib baek ada member pusat sumber..leh lepak sana..sementara xde keje, dok survey harga myvi 2008 yg dh xcident..rasa cam nak jual jek, tpi ada ke yg nk..huhuh

4.hubby msg..suh amik kat spital..pelik, nape plak ek? rupanya dia pi check up lutut dia yg injured maen futsal last friday..pegi spital pnjm motor member..dtg ofis kak ipar anta..k.ipar pakai kete lawat student kat area pj/damansara..so terpaksa la pn isteri yg baek gati ni mntak keluar kejap..smpi sana moto member dia plak wat hal..kunci hndle xleh bukak..pegi la cari kedai moto..

5.tgh cri kedai moto,tup2x temperature kete naek high smpi line merah..kete dah berasap..bukak bonet bekas air tue dah terbukak..air panas memancut2 kuar..ntahler, water pam xjalan kot...dgn tawakal bawak kete slow blik spital..tiap kali kat traffic light matikan enjin..biarkan kete sejuk sementara hubbie nak wat MRI plak..nak balik tgk kete dah ok..bawak balik sib baek selamat..temperature x naek dah..tpi dah standby air banyak dah (kete majuk ke sbb terpk nak jual..huhuhu)

6.YANG BEST-tgh2 tgk kete yg rosak, someone call tanya nak tukar suka sama suka x..of course la nak..tpi masalahnye kena cepat sebb ada 2 org lagi nak tukar ngn dia dari adtec yg sama..huhuhu, mestilah payah nak uruskan cepat sbb saya jauh dari johor tu kan..tpi xpe, berita gembira tue la yg dapat mengatasi perkara 5 di atas..

*en hubby kena operate 25/1/12..ligamen kutut dua2 koyak..sepatutnya esok 11/1/12:tpi sbb bnyk keje xsettle n dia mntk postpone dapat la tarikh tue sbb tarikh laen sume dah kena booked.after operate dapat MC 18wks..best2..tpi sy tau mst dia MC sebulan je..yg bestnye nk gunakan surat doc dia skali untuk proses pertukaran nnt..hopefully berjaya..aminn

Template by:

Free Blog Templates