Blogroll

Wednesday, October 14, 2009

Khas Buat Suami Tercinta `MR MOHD KHAIRUL HISAM AB GHANI'

IMPIAN

Suamiku
Terlafaz lancer sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku kini kau miliki

Dalam keterharuan
Airmata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku
Jelaskanlah niat dan matlamatmu
Menerimaku kerana agama
Baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga

Ketahuilah suamiku
Kau pemilik cintaku
Setelah Allah dan rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju yang satu

Suamiku
Hadiah mahal terbilang
Bahtera Penyelamat yang utuh
Gelombang dan karang
Tak mampu meruntuh

Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu yang sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku
Asam garam rumahtangga
Khilaf dan salah pasti ada
Sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia

Suamiku
Menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Dalam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah

Suamiku
Berjanjilah padaku
Dengan Kemuliaan dirimu
Kuatkan aku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu


Dipetik dari buku 'Pemilik Cintaku' khusus untuk suami tersayang

0 MSG HERE:):

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates